KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim
hari ini menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mujahid Yusuf Rawa yang menjaga hal ehwal agama sebagai tidak mempunyai
fungsi serta manfaat.
Malah,
kata Siti Kassim, adalah lebih baik Mujahid menutup kedai dan meletak
jawatan sahaja kerana pelbagai isu tidak dapat diselesaikan olehnya
sehingga kini.
Siti
Kassim yang menulis di laman Facebook miliknya sebentar tadi mendakwa,
Mujahid telah gagal menegakkan Islam selama menjawat jawatan tersebut.
Aktivis
tersebut juga mengecam Mujahid kerana telah memberikan wawancara yang
langsung tidak meyakinkan kepada penyiar berita antarabangsa, BBC yang
membincangkan hal ehwal Islam di negara ini.
“Menteri
ini sepatutnya bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam sebenarnya
penuh dengan percanggahan dan seolah-olah tidak berkuasa untuk membuat
perubahan sebenar bagi mengekang ekstremisme agama di Malaysia.
“Melalui
temuramah itu, menteri ini tidak dapat memberikan walau satu contoh
sama ada beliau atau kementeriannya berguna untuk membuat sebarang
perubahan kepada mana-mana ekstremisme agama yang berlaku di Malaysia.
“Langsung tidak ada apa-apa. Kosong,” tulisnya.
Menyambung
tulisannya, Siti Kassim mendakwa Mujahid juga telah gagal menangani
isu penceramah berkontroversi, Dr Zakir Naik yang mendapat status
penduduk tetap di negara, yang padanya telah memburukkan lagi polarisasi kaum dan agama di antara kaum.
“Sebelum
ini sememangnya Mujahid mengakui Zakir Naik telah memecahbelahkan dan
tidak sesuai untuk Malaysia tetapi beliau tidak melakukan apa-apa dan
memanggil Zakir Naik yang merupakan penyokong umat Islam menjadi
pengganas sebagai inspirasi.
“PR
yang telah diberikan itu boleh dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan
tetapi apa yang telah jadi? Apa yang telah Mujahid lakukan selain
daripada memanggil Zakir Naik sebagai inspirasi,” tegasnya.
Siti Kassim berterusan meluahkan rasa puas hati dalam isu berkaitan Sisters In Islam dan golongan LGBT di negara ini.
“Tidak sekali pun Mujahid membela Sisters in Islam,
hanya sekadar pertemuan tanpa apa-apa tidak bermakna kamu membela
mereka wahai ‘bodoh’ (doofus). Apakah yang telah kamu lakukan untuk
membantu golongan LGBT di negara ini yang ditindas?
“Apa
gunanya lebih sejuta bajet tambahan untuk kamu apabila banyak sangat
yang kamu tidak dapat lakukan sehingga kini? Tolonglah letak jawatan,
tutup kedai kerana kamu dan pekerja di bawah kamu hanya membuang duit
kami pembayar cukai,” tegasnya. –MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan