PONTIAN: Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyiddin Yassin akur peruntukan undang-undang sedia ada
mewajibkan apa jua bentuk kempen perlu permit, namun beliau meminta agar
diberi kelonggaran sedikit sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya
Kecil Tanjung Piai ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata, pertimbangan itu perlu memandangkan semua jentera, baik Pakatan Harapan, Barisan Nasional, mahupun calon lain, perlu berjumpa masyarakat seramai mungkin untuk meraih undi.

Katanya lagi, beliau sudah menguruskan pilihan raya baik di peringkat
negeri mahupun pilihan raya umum bertahun-tahun lamanya, dan ia tidak
perlu sampai ke tahap memakai sistem perundangan yang terlalu ketat.
“Saya dah uruskan berpuluh-puluh PRK, saya lihat setiap PRK itu tidak ada syarat terlalu ketat. Kerana waktu berkempen sudah bermula dan masing-masing sudah berkempen demi menarik sokongan pengundi.

“Justeru itu kita harap polis walaupun di bawah bidang tugas saya
(selaku Menteri Dalam Negeri), tapi yang berkuasa di peringkat daerah
ini akan lebih bertimbang rasa, asalkan tidak timbul pergaduhan,”
katanya kepada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, di
sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini PH sudah mengenal pasti sejumlah pengundi atas pagar yang pada kiraannya menjangkau setinggi 12 peratus dari jumlah pengundi di Tanjung Piai.
Atas sebab itu, Muhyiddin berkata, jenteranya akan cuba berjumpa dan meyakini mereka bagi memastikan kemenangan ke atas Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan