Jumaat, 1 November 2019

Presiden Berjasa tanding di Tg Piai

Oleh Azrul Hakimie Anuer

 

Dr Badhrulhisham calon muslim wibawa, aktif aktiviti kemasyarakatan


PUCHONG – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mengumumkan Presidennya, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, pada 16 November depan.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Berjasa, di sini hari ini.

Lebih mesra disapa sebagai Dr Badh, beliau kini berusia 56 tahun dan anak jati kelahiran Muar, Johor.

Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (Sains) Kejuruteraan Kimia di Universiti Colorado, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia di Universiti Wales, United Kingdom (UK).



Prof Badhrulhisham kemudian berjaya mengenggam Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto, Jepun.

Beliau pernah berkhidmat lebih 10 tahun dalam sektor pendidikan di universiti awam dengan jawatan tertinggi disandang adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Setelah meninggalkan dunia pendidikan, Prof Badhrulhisham kini adalah pengurus dan konsultan di Technopreneur Integrated Enterprise.

Sebelum diangkat sebagai Presiden Berjasa tahun lalu, Prof Badhrulhisham sangat aktif dalam aktiviti membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemasyarakatan sama ada di dalam atau luar negara.


Tiada ulasan: