Khamis, 28 November 2019

Menteri perlu baiki komitmen jawab soalan MP

Ahmad Amzad Hashim
 


Saya terkejut apabila mendapat maklumat untuk tujuan membantu Menteri Pertahanan menjawab perbahasan hari ini, beliau telah membawa seramai 122 orang pegawai dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) ke Parlimen sehingga menggunakan tiga buah bas.

Saya nampak banyak “input” diserahkan semasa Menteri menggulung, tapi beliau kelihatan sangat teragak-agak (hesitant) untuk menjawab. Beliau tidak fahamkah atau merasa ia tak perlu dimaklumkan kepada Dewan?

Saya sendiri tidak diberi jawapan jelas bilakah 6 buah Littoral Combat Craft (LCS) bernilai RM9.6Billion akan diterima? Walhal, RM5.6 Billion sudahpun dibayar.

Bagaimana nasib usahawan bumiputera yang terlalu lama menunggu bayaran kerja mereka dari kontraktor utama Boustead?

Paling saya kecewa, mengapa Menteri Pertahanan teragak-agak untuk mempamerkan semangat dan pendirian yang tegas tentang isu komunis apabila soal abu mayat Chin Peng dibangkitkan.

Saya mengharapkan Menteri-menteri menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh ahli Parlimen dengan serius dan bersungguh-sungguh, bukan memberikan kenyataan-kenyataan yang bersifat umum, berbelit-belit dan tidak menjawab soalan, yang boleh diberikan di luar Dewan. Hal ini adalah penting bagi memastikan proses semak dan imbang boleh dijalankan dengan berkesan oleh Parlimen.

“Islam Memimpin Perpaduan”

*Ahmad Amzad Hashim- Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Tiada ulasan: