Sabtu, 2 November 2019

Duit kerajaan cabaran terbesar BN di Tg Piai, kata presiden MCA

Presiden Wee Ka Siong bersalam dengan orang ramai ketika 
hadir memberi sokongan kepada calon BN Wee Jeck Seng semasa 
proses penamaan calon hari ini.

PONTIAN: Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, cabaran terbesar dihadapi parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai datangnya daripada kerajaan persekutuan, bukan pertandingan enam penjuru.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukkan “jumlah wang yang besar” bagi mempertahankan kerusi tersebut.

“Tun (Dr Mahathir Mohamad) kata ia adalah ‘kebetulan’. Kami berharap pengundi akan membuat pilihan tepat kali ini dan sampaikan mesej kepada Pakatan bahawa pencapaian mereka buruk, terutama sekali dalam menangani isu kos hidup,” katanya di luar pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Iskandar di sini, hari ini.

Wee merujuk kepada peruntukan kerajaan kira-kira RM7 juta untuk pelbagai projek di Tanjung Piai, yang menurut Mahathir tidak bertujuan untuk membeli undi.

Perdana menteri juga berkata, kerajaan hanya menjalankan tugasnya dan peruntukan itu hanya berkebetulan dengan pilihan raya yang diadakan.

Parti pembangkang dan Bersih 2.0 mengkritik kerajaan berhubung isu itu dengan mendakwa ia menyalahgunakan jenteranya.

Wee menggesa pengundi Tanjung Piai supaya menambah jumlah ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

“Hanya saya wakil MCA untuk menyuarakan isu. Kita perlukan suara lebih kuat untuk membangkitkan masalah rakyat,” katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PRK Tanjung Piai membuka peluang kepada masyarakat Cina untuk menolak PH.

“Kerajaan satu penggal’ ini tidak berbuat apa-apa yang memberi manfaat kepada orang Cina,” katanya.

Enam calon disahkan akan bertanding dalam PRK yang dijadualkan pada 16 Nov depan selepas proses penamaan calon ditutup pagi tadi.

Di samping calon BN-MCA Wee Jeck Seng, calon lain adalah Karmaine Sardini (PH-PPBM), Wendy Subramaniam (Gerakan), Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar dan Ang Uan Lock.

Jeck Seng merupakan ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal dari 2008 hingga 2018. Beliau tewas di tangan calon PPBM-PH Dr Md Farid Md Rafik dalam pilihan raya umum tahun lepas.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian Md Rafik pada 21 Sept lepas kerana komplikasi jantung. Beliau merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiada ulasan: