Rabu, 20 November 2019

Azmin adakan pertemuan sulit dengan 30 Ahli Parlimen BN?

Muhammad Azizul Osman

MGF13112019_AZMIN-ALI_10
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya malam ini.

Menurut sumber, pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dan dikaitkan dengan kumpulan seorang pemimpin senior UMNO.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak memperincikan pertemuan itu diadakan namun ia didakwa ada kaitan dengan cubaan mengagalkan peralihan kuasa perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita itu dikuatkan lagi dengan laporan Raja Petra Kamarudin  yang mendakwa Mohamed Azmin mengadakan pertemuan itu bagi mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN.

“Sekiranya Azmin mendapat sokongan daripada 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional, dan bergabung dengan kumpulan pro-Mahathir di Pakatan Harapan, apa-apa percubaan untuk mengguling Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar akan gagal,” katanya yang dipetik Malaysia Today malam ini.
WhatsApp-Image-2019-11-18-at-10
Beberapa buah kereta yang dipercayai milik ahli parlimen BN 
memasuki kediaman Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya 
malam ini.
Menurut sumber, lebih 10 buah kenderaan berada di perkarangan kediaman rasmi Mohamed Azmin ketika ini dan seolah-olah ada pertemuan melibatkan ramai pihak namun ia tidak dapat disahkan lagi.

Difahamkan, pertemuan itu juga bagi membincangkan kesan kemenangan besar BN di PRK Parlimen Tanjung Piai yang  memberi kesan kepada PH yang dipimpin Mahathir tetapi dalam masa sama memberi kelebihan kepada Anwar daripada sudut politik.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: