Ahad, 3 November 2019

Apa motif tertinggal beg duit?

Mohd Sabran Md Sani
 
 

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di Pontian, yang baru masuk hari kedua tercemar dengan insiden pihak tertentu mensabotaj papan iklan calon GERAKAN, Wendy Subramanian.

Ketua Pengarah Operasi GERAKAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Albert Teo berkata, pihaknya mengesan perbuatan vandalisme itu, 10 pagi tagi.

Katanya, rondaan dilakukan mendapati papan iklan berada dalam keadaan baik pada 9.15 pagi.

“Bagaimanapun 45 minit kemudian, papan iklan calon kami yang bersebelahan sebuah restoran makanan segera sudah tumbang,” katanya ditemui di Jalan Pontian-Kukup di Pontian, hari ini.

Katanya, pihaknya tidak mengetahui motif pihak terbabit menjatuhkan papan iklan yang kukuh dipasang di tepi jalan berkenaan.

“Saya tidak menolak mungkin ia angkara sabotaj melihat kesan pada struktur besi yang dipasang itu rebah ke bumi,” katanya.

Menurutnya, dia berharap insiden itu disiasat polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, hari ini, dan membawa bersama sebuah beg duit mengandungi RM30 yang ditemui di bawah papan iklan berkenaan,” katanya. 

Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai

Tiada ulasan: