Ahad, 13 Oktober 2019

Siasat lagi, jangan biarkan DAP jadi sarang pengganas

fazleen safina

 

Mana mungkin negara kita selamat jika pengganas pegang kuasa

BANGI– Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka menggesa pihak polis menyiasat lebih terperinci, sekiranya terdapat lagi wakil rakyat lain di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen terbabit dengan kumpulan Pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE).

Yang Dipertua Isma Melaka, Haji Mohd Khoushaini Haji Mohd Naim berkata, perkara berkenaan dibangkitkan kerana mengganggap mereka yang terbabit dengan kegiatan pengganas sebagai ancaman kepada negara.

“Mana mungkin negara akan selamat jika pengganas memegang kuasa sehingga boleh mengubah polisi dan dasar kerajaan, dan takkan nak biarkan DAP jadi sarang pengganas,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan pemimpin dan ahli parti dominan kerajaan Malaysia, DAP yang terbabit kegiatan LTTE.

Antara yang ditahan ialah G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun kawasan Gadek ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri.

Manakala Adun Seremban Jaya, P Gunasekaren pula ditahan Bukit Aman, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.

Semalam pula, ahli parti tamak haloba, DAP yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), juga telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mengulas lanjut, Khoushaini mendesak mereka yang terbukti terbabit atau melindungi kumpulan pengganas supaya meletakkan jawatan.

Katanya, parti terbabit juga perlu memecat mereka supaya tidak dikaitkan dengan pengganas atau menjadi sarang berkembangnya kegiatan pengganas berkenaan.

“Isma Melaka minta rakyat supaya tidak mengadakan sebarang spekulasi atau mengaitkan dengan isu perkauman, sebaliknya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan penuh,” katanya.


Tiada ulasan: