Ahad, 13 Oktober 2019

MP Rasah pantau DUN Seremban Jaya susulan Adun ditahan polis

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata dari
segi khidmat kepada rakyat memang tidak akan terjejas.

SEREMBAN: Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin akan memantau segala gerak kerja khidmat bakti kepada masyarakat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya ekoran ketiadaan wakil rakyatnya P Gunasekaran yang kini ditahan polis sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata ini bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatkan bantuan dan khidmat.

“Gerak kerja tiada masalah sebab beliau mempunyai satu pasukan khidmat iaitu ahli-ahli majlis dan ada pegawai di pusat khidmatnya. Ia juga dipantau oleh ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

“Dari segi khidmat kepada rakyat memang tidak akan terjejas yang mana kita akan teruskan kerja-kerja beliau sementara beliau tidak bersama dengan rakyat ketika ini.

“Saya rasa tidak memberi kesan terhadap kawasan DUN tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Gunasekaran di kediamannya di sini yang turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Loke yang juga menteri pengangkutan meminta siasatan terhadap timbalannya itu dapat diselesaikan dengan segera.

Tiada ulasan: