Selasa, 15 Oktober 2019

Kit Siang perlu hormat kedaulatan undang-undang

Wartawan MalaysiaGazette
MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12
Najmil Faiz Mohamed Aris


KUALA LUMPUR – Kenyataan Lim Kit Siang yang menolak penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) bagi siasatan terhadap dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) DAP yang ditahan kerana terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan menjejaskan proses perundangan.

Ini kerana, SOSMA digubal untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan negara, apatah lagi dunia hari ini berhadapan dengan ancaman-ancaman baru yang merentas sempadan seperti kumpulan pengganas LTTE.

Lagipun, katanya, penglibatan rakyat Malaysia dengan LTTE adalah sama seperti insiden Lahad Datu yang jelas berbentuk ancaman terhadap kesejahteraan dan keamanan negara.

Sehubungan itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berharap tidak wujud sebarang campur tangan terhadap proses perundangan melibatkan isu LTTE yang jelas mengancam negara.

Tambahnya, DAP perlu menghormati rule of law.

Jika penceroboh Lahad Datu boleh didakwa melalui SOSMA, maka mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dengan LTTE tidak mengira latar belakang politik juga perlu didakwa seperti itu.

“PDRM mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah yang besar dipercayai untuk menggerakkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

“Jadi apakah rasionalnya Kit Siang mempersoalkan penggunaan SOSMA terhadap ADUN DAP yang telah ditahan?

“Siapakah Kit Siang untuk mengatakan ahli partinya tidak bersalah? DAP seharusnya tidak campur tangan dalam kes ini dan tidak mengeluarkan kenyataan yang akan menggugat proses perundangan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: