Jumaat, 11 Oktober 2019

Bahaya dan menakutkan jika parti dominan di Putrajaya dipimpin pengganas: Isma

sitifatimah 

 

Tuduh Melayu rasis, rupa-rupanya cara mereka alih pandangan saja

BANGI– Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yakin amat merbahaya dan menakutkan apabila parti pemerintah yang dominan di Putraya, DAP dianggotai dan dipimpin oleh mereka yang mempunyai hubungan dengan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, lebih berbahaya lagi sekiranya mereka menganut fahaman atau ideologi keganasan yang mungkin menjadi sikap mereka ketika melaksanakan dasar-dasar dalam negara.

“Amat mengejutkan apabila parti yang zahirnya di propagandakan sebagai demokratik dan liberal kemudian terdedah seolah-olah menjadi sarang kepada puak yang ada kaitan dengan pengganas.

“Kemungkinan timbul ketakutan di kalangan rakyat di negara ini yang berasa mereka mungkin dilayan secara rasisme, gangterisme dan terorisme oleh parti pemerintah seperti itu.

“Inilah tanggapan yang mungkin timbul apabila tersiar berita polis menangkap dua wakil rakyat DAP berketurunan India semalam dan yang belum tertangkap mungkin ramai lagi,” katanya kepada Islamweb.

Polis semalam menahan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti tamak habloba, DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas dipercayai terbabit upacara perjuangan LTTE.

LTTE diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Kumpulan pengganas yang diketuai V Prabhakaran itu mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil, iaitu kumpulan minoriti.

Mengulas lanjut, pemimpin gerakan Islam itu berkata, mereka sebelum ini menuduh orang lain khususnya golongan Islam dan Melayu sebagai rasis dan ekstrem, rupa-rupanya kini terselah hanya penyamaran dan satu cara alih pandang.

Walhal, semua perkara itu ada pada diri mereka sendiri, kata Ustaz Abdullah.

Tambah pelik lagi, katanya, apabila pemimpin DAP yang lain segera menyalahkan pihak polis malah, sibuk membela suspek pengganas.

“Kenapa mereka tidak ingin menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Adakah mereka tidak percaya kepada sistem keadilan di negara ini?,” soalnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng, dilaporkan kononnya percaya bahawa dua pemimpin parti itu yang ditahan tidak bersalah.

Bukan hanya dia, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga dikatakan mendakwa penahanan dua Adun DAP berkenaan sebagai pembaziran masa kerana LTTE tiada cawangan di Malaysia.

Berdasarkan komen pemimpin-pemimpin rasis DAP, Ustaz Abdullah mengingatkan supaya tiada campur tangan politik sehingga menganggu kerja pihak berkuasa menjalankan tugas

Beliau percaya perbuatan sedemikian hanya akan merendahkan fungsi polis dan memberi ruang kepada gangsterisme untuk mengawal keselamatan negara.

Pihak berkuasa perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik rasis dan ekstrem kaum-kaum tertentu, tegasnya.

“Bagaimana kegiatan keganasan boleh dibendung jika pihak politik asyik masuk campur dalam urusan pihak berkuasa. Saya percaya tentu sekali tangkapan yang dibuat tidak bermotifkan politik kerana ia dibuat oleh pihak berkuasa ke atas suspek yang terdiri dari parti pemerintah juga

“Justeru saya menyeru pihak berkuasa agar menjalankan tugas dengan tegas bagi mengembalikan rasa aman di kalangan rakyat,” katanya.


Tiada ulasan: