Rabu, 18 September 2019

Syarikat Malaysia terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia akan dikenakan tindakan - PM

Fareez Azman, Astro Awani
Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana- mana syarikat Malaysia yang terlibat dalam melakukan pembakaran terbuka di Indonesia, tegas Dr Mahathir Mohamad. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
 
 
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana- mana syarikat Malaysia yang terlibat dalam melakukan pembakaran terbuka di Indonesia.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet berhubung isu jerebu yang kini menjadi kegelisahan seluruh rakyat
 
“Kita akan ambil tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembakaran terbuka di ladang mereka sehingga menyebabkan jerebu.”

“Kerajaan mendapati, mereka ini (Syarikat) tidak mahu bekerjasama dalam memadam kebakaran, jadi kita (kerajaan)akan pastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembakaran di luar Malaysia," kata Dr Mahathir, di sini hari ini.
 
Mengulas dakwaan Indonesia bahawa jerebu yang melanda rantau ini bukan dari negara mereka, Perdana Menteri berkata, Malaysia perlu mengeluarkan lebih banyak publisiti atau kenyataan berkenaan kawasan titik panas yang dikesan agar menjelaskan situasi sebenar.

BACA: Jerebu di Pulau Pinang: Dua penerbangan patah balik, satu dilencongkan

BACA: "Kami kini lakukan segala-galanya" - Jokowi ulas masalah jerebu rentas sempadan
 
 

Tiada ulasan: