Isnin, 23 September 2019

PRK: PH mesyuarat dalam masa terdekat

Mohammad Arif Nizam
MGF23092019_PERASMIAN-MYAGEING_09
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (dua kiri) bergambar bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Dr. Aini Ideris (kanan) dan Pengarah MyAgeing, Prof. Datuk Tengku Aizan Hamid (dua kanan) pada Majlis Perasmian Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MYyAgeing) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. foto FAREEZ FADZIL
 

SERDANG – Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini susulan kematian wakil rakyatnya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Farid Md. Rafik awal pagi Sabtu lalu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat akan diadakan sebaik sahaja menerima notis daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi di Parlimen Tanjung Piai.

“Kita sedih dengan pemergiaan allahyarham dan PH akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi. Mesyuarat akan diadakan sebaik sahaja menerima notis SPR mengenai kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Farid,43, yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian, Johor pada pukul 6 pagi semalam.

Allahyarham bertanding atas tiket Bersatu buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan menewaskan penyandangnya, Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA dengan memperolehi 21,255 undi dan majoriti 542 undi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: