Jumaat, 13 September 2019

‘Kuasa membeli ada pada Melayu’

fazleen safina  

 

Melayu kena bersatu, sama-sama majukan ekonomi bangsa sendiri

BANGI– Melihat kepada Kempen Beli Produk Muslim yang semakin mendapat sokongan, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya yakin kuasa membeli di negara ini sememangnya ada pada masyarakat Melayu.

“Ini baru kita katakan gerakan rakyat, alhamdulillah, saya dimaklumkan harga barang turun sampai separuh harga.. harga minyak masak dah turun separuh, harga beras dah turun beberapa kali diskaun.

“Kempen Beli Produk Muslim juga secara tidak langsung membangunkan balik jati diri orang Melayu,” katanya.

Haji Aminuddin yang juga Presiden Gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) percaya sekiranya Melayu bersatu membeli dan bersama-sama memajukan ekonomi bangsa sendiri, selepas ini orang Melayu tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain.

“Orang Melayu ini hebat. Orang Melayu kalau buat sesuatu dan boleh bangun. Ini bukan saya cakap tapi sejarah yang membuktikan. Melayu pahlawan, Melayu pendekar, Melayu sanggup bertarung nyawa dengan penjajah dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, Haji Aminuddin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang kononnya mengatakan Melayu lemah dan pemalas.

“Melayu hebat. kalau kita tengok contoh nelayan keluar sebelum subuh, balik rumah seminggu selepas itu, kadang-kadang sebulan. Pesawah juga keluar selepas Subuh, balik hingga lewat petang, malam.. Saya tahu kerana saya juga anak seorang pesawah,” katanya.


Tiada ulasan: