Rabu, 14 Ogos 2019

S’gor cadang biaya rawatan tibi

KEADILAN DAILY

amirudin shari


Selangor bersedia mempertimbangkan insentif sebanyak RM500 untuk pesakit tibi bagi membantu mereka menjalani sesi rawatan selama enam bulan kata Menteri Besar, Amirudin Shari berkata.

“Perkara itu masih dalam penilaian kita, sebab baru dengar sekali. Jika ia berkesan dan sebagainya, perlu ada susulan di peringkat kerajaan negeri untuk mengawal serta menangani masalah penyakit tibi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Sesi Kedua Dialog Bajet 2020 dengan tema Membudaya Komuniti Sihat Ke Arah ‘Selangor Maju Bersama’ di Hotel Concorde, hari ini.

Amirudin menjelaskan, cadangan pemberian insentif itu dikemukakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr B Venugopalan ketika sesi pembentangan pertama mengenai penyakit tibi.


Menurut Dr Venugopalan, pada 2018 Selangor merekodkan 5,071 kes dengan 367 kematian dengan 553 kes atau 11 peratus termasuk dalam kategori cicir rawatan selama enam bulan.

Tiada ulasan: