Sabtu, 13 Julai 2019

Ustaz Ebit Lew kemalangan

Hasbi Sidek
 
 
 

PENCERAMAH Ustaz Ebit Lew mengalami kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, Ebit mengalami kecederaan ringan.

Menerusi laman Facebooknya, Ebit berkata, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

"Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

"Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung," katanya, hari ini.

Tiada ulasan: