DEWAN Pemuda PAS Negeri
Kedah menyeru kepada semua pihak agar menghentikan segera sebarang
bentuk solidariti terhadap Wan Ji Wan Hussain telah absahkan hukuman
yang disabitkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ditambah hukuman dari 9
bulan kepada setahun penjara di atas kesalahan menghina DYMM Sultan
Selangor oleh Mahkamah Tinggi.
Tindakan mengadakan solidariti itu
dilihat tidak mencerminkan penghayatan dan kepatuhan terhadap rukun
negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Kedaulatan undang-undang. Ia
membawa kekeliruan di kalangan masyarakat dalam memahami matlamat
hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tersebut adalah untuk memelihara
institusi Diaja.
Apa yang lebih mendukacitakan,
solidariti ini datang daripada kalangan pimpinan Pakatan Harapan yang
menjadi tonggak kerajaan namun insiden seumpama itu seolah-olah hendak
memusnahkan Institusi Diraja yang sepatutnya dipelihara oleh kerajaan.
Kesan solidariti itu juga menunjukkan
penghinaaan kepada institusi kehakiman dan diburukkan lagi dengan
kenyataan pimpinan utama parti kerajaan yang dilihat mahu mencampuri
bidangkuasa kehakiman. Keadaan ini mencerminkan undang-undang rimba cuba
diamalkan oleh sesetengah pimpinan kerajaan sekarang.
Sewajarnya semua pihak mengambil sikap
menghormati keputusan mahkamah dan berusaha agar perilaku penghinaan
terhadap Sultan perlu dihindari pada masa akan datang.
Tindakan bersolidariti terhadap Wan Ji
Wan Hussain adalah sangat tidak beretika, subjudis dan perlu dihentikan
segera oleh semua pihak demi memelihara institusi Diraja kerana pesalah
masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu hukuman tersebut di
Mahkamah Rayuan.
*NURUL AMIN HAMID. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan