Ahad, 14 Julai 2019

Perjuangan DAP ancam negara, Melayu, kata Annuar Musa

fazleen safina 

 

UMNO tidak bersependapat dengan DAP, musuh Islam yang nyata


KUALA SELANGOR– Dasar Malaysian Malaysia yang dibawa oleh parti DAP bertentangan dengan Perlembagaan Negara serta boleh mengakibatkan negara menjadi huru-hara.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perjuangan DAP berkaitan sosialisme dan kesamarataan mirip perjuangan komunis, kerana tidak mementingkan agama Islam sebagai agama rasmi.

“DAP cuba mengubah negara kita menjadi negara republik dan menghina Raja-raja Melayu, membuat sama rata dalam segala benda dan ini bercanggah dengan Perlembagaan.

“Jangan masuk perangkap DAP. Mereka memang hendak memecah-belahkan kita, dan DAP memang hendak lihat kita pijak sesama sendiri,” katanya berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, sepanjang lebih 50 tahun penubuhan DAP, parti berkenaan mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kaum Melayu agar berpecah-belah.

Beliau berkata, mimpi buruk itu menjadi kenyataan apabila apa yang berlaku di negara kita sekarang ialah orang Melayu terperangkap sesama sendiri dan berpecah-belah.

Justeru, Anuar menegaskan bahawa UMNO tidak akan sependapat dengan DAP kerana mereka adalah musuh Islam yang nyata.

“Hak orang Melayu terhadap tanah, pentadbiran, pendidikan, perlesenan dan juga agama Islam konstisional mereka. Jadi apa-apa bentuk walau dalam bentuk halus dan sebagainya, DAP harus berterus-terang dengan prinsip dan pegangannya.Kita harus menentangnya.”

“Rang Undang-undang (RUU 355) mereka tentang, soal hudud mereka tentang, hendak kukuhkan Mahkamah Syariah mereka juga tentang secara tidak langsung iaitu tidak mengiktirafkan perlembagaan negara.” katanya.


Tiada ulasan: