Rabu, 10 Julai 2019

Pelantikan Najib keputusan parti bukan kemahuan rakyat, kata Dr Mahathir

Muhammad Azizul Osman
MGF100719_SIDANG-DEWAN-RAKYAT13
Reaksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) akan terima oleh rakyat atau sebaliknya.

Menurut beliau, keputusan tersebut adalah kemahuan pembangkang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan jika wujud keperluan untuk Najib dilantik ke jawatan tersebut setelah parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.

“Nampaknya pihak pembangkang mahu Najib kembali ke BN. Jadi terpulang kepada mereka.

“Tetapi adakah rakyat akan terima beliau. Itu adalah perkara lain,” katanya pada sidangmedia di lobi Parlimen.

Soalan dalam turut dipanjang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara berseloroh, Anwar berkata pembangkang mahu Najib diberikan tugas kerana didakwa mempunyai masa yang terluang selepas tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

“Apa lagi yang mereka boleh buat (lantik Najib kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional).

“Mereka mahu beri ruang kepada Najib sebab banyak masa terluang,” katanya juga di lobi Parlimen.
Semalam, Dewan Tertinggi BN sebulat suara melantik bekas Perdana Menteri itu kepada jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi kenyataan selepas dua jam mengadakan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi parti di Bangunan Menara Dato Onn PWTC, semalam. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: