Pemimpin ada skandal, kes rasuah patut jauh diri daripada parti
BANGI
– “Nazri bukan siapa-siapa. Jika dipecat daripada UMNO tak banyak kesan
pun. Lawan PAS di Padang Rengas pasti kalah, meskipun bertanding atas
tiket parti lain,” demikian kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee
Abdullah.
Namun, pada
masa sama beliau mengingatkan bahawa saranan Ahli Parlimen Padang
Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mengenai pelantikan bekas Presiden UMNO,
Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan
Nasional (BN) ada kebenarannya.
Terdahulu,
Nazri mencabar pucuk pimpinan UMNO memecatnya jika kurang senang dengan
kritikan berhubung pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat
BN.
Nazri
mengingatkan jika beliau dipecat, ia akan mengulangi peristiwa hitam
dalam parti ekoran pemecatan beberapa pemimpinan UMNO sebelum Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14) seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas
kenyataan Nazri, Ridhuan Tee berkata, beliau tidak yakin bahawa Nazri
akan meninggalkan kesan besar terhadap UMNO jika dipecat.
“Dalam
PRU14, Nazri (BN) mendapat 10,491, PKR 7,943, PAS 6,847, majoriti 2,548.
Katakan dalam PRU15 Nazri bertanding atas tiket PKR, undi UMNO (BN)
lari kepada Nazri 2,000, masih ada 8,000 lebih, campur dengan undi PAS,
majoriti jauh lebih besar daripada sebelum ini.
“Saya tidak
yakin Nazri akan mendapat lebih daripada 2,000 undi UMNO, melihat kepada
latar belakangnya. Nazri tidak boleh bandingkan dirinya dengan
Muhyiddin dan Shafie Apdal, kerana situasi berbeza,” katanya ketika
dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Ridhuan Tee
berkata, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditubuhkan,
pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad amat terasa, sehingga Muhyiddin terasa
percikannya, manakala Shafie Apdal pula sangat unik dalam konteks
politik Sabah.
“Lagipun
akhlak mereka berdua jauh berbeza daripada Nazri. Justeru, saya sarankan
Nazri, dalam usia yang semakin lanjut, eloklah mendekatkan diri dengan
masjid dan surau.
“Tidaklah
perlu bersusah payah mencari musuh lagi. Apatah lagi musuh dalam UMNO.
Cukuplah dengan apa yang telah diperoleh ketika menjadi menteri,”
katanya.
Bagaimanapun, Ridhuan Tee berkata, saranan Nazri itu ada kebenarannya.
Katanya,
pemimpin yang mempunyai skandal, korupsi dan rasuah, walaupun belum
dibuktikan bersalah, sepatutnya ‘menjauhkan’ diri daripada parti.
“Duduklah di
belakang daripada memimpin di hadapan. Ingat, politik itu adalah
sebahagiannya berkaitan dengan persepsi. Buat masa ini walaupun sambutan
ke atas ‘bossku’ amat menggalakkan, itu bukan petanda bahawa UMNO telah
mendapat kepercayaan semula.
“Tidakkah
lebih baik, UMNO ditonjolkan dan dijenamakan semula dengan imej
sebersih-bersihnya. Otai-otai ini berehatkan sebagai penasihat.
Otai-otai yang terpalit dengan skandal, ‘low profile’-lah, berehatlah.
Lagipun usia bukan muda lagi. Beri peluang kepada yang lain,” katanya.
Semalam,
Nazri menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadapnya beliau akan
terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib.
Beliau turut
meminta Najib supaya tidak menjadikan UMNO sebagai perisai
mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan