Khamis, 11 Julai 2019

Menteri tak tahu Timbalan lantik ‘pondan’ anggota CCM Kementerian Kesihatan



Lantik Rania. Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye kata ikut prosedur. Menteri pula tak tahu dan akan bawa dalam mesyuarat pasca kabinet kementerian..

KEPUTUSAN Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye telah melantik ‘pondan’  Rania Zara Medina sebagai ahli jawatan kuasa sebuah pertubuhan Country Coordinating Mechanism (CCM).

Rania Zara merupakan bekas Ratu Trans Women 2017. Pelantikan itu mendapat kritikan netizen di media sosial.

Rania Zara dalam akaun Facebook miliknya semalam memuat naik surat pelantikannya yang ditandatangani Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada 25 Jun lalu.


Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Rania Zara mewakili komuniti ‘pondan’ di negara ini dalam CCM.

“Saya dilantik sebagai TG (transgender) Representative for Country Coordinating Mechanism (CCM). Surat lantikan juga akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye.

“Dengan ini, saya dgn rendah hati ingin berterima kasih kepada seluruh komuniti dan penyokong-penyokong saya dari mulanya percalonan ini berlaku sehinggalah ke lantikan ini. Katanya

Berdasarkan laman web Global Fund, CCM ialah ahli jawatankuasa kebangsaan di setiap negara yang mengemukakan permohonan pembiayaan kepada Global Fund bagi pihak seluruh negara.

Mereka termasuk wakil daripada kerajaan, sektor swasta, NGO, orang ramai dan masyarakat yang hidup dengan penyakit terutamanya HIV/AIDS.

Bagaimanapun pelantikan Rania Zara menjadi perhatian ramai sehingga menimbulkan kontroversi apabila didakwa kerajaan seolah-olah mengiktiraf komuniti pondan sehingga dilantik dalam sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan.


“Transgender diangkat dan diiktiraf, apa nak jadi Malaysiaku,” komen seorang pemilik akaun Facebook.

“Tahniah KKM Malaysia baru banyak benda pelik yang berlaku” komen sorang pemilik Facebook Mohd Shahrul Azrie

Sementara itu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad tidak tahu perkara sebenar dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelantikan seorang transgender sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia.

Dr. Dzulkefly mengakui baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu berhubung pelantikan Rania Zara Medina mewakili golongan transgender dalam CCM Malaysia dan akan dibincangkan dalam mesyuarat di peringkat kementerian.

“Saya baru dimaklumkan mengenai perkara ini dan akan mendapatkan maklumat lanjut. Isu ini akan dibawa ke mesyuarat pasca Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan untuk dibincangkan dan diberikan penjelasan mengenainya,”

Sumber : http://sabahkini2.com

Tiada ulasan: