Jumaat, 12 Julai 2019

Mahkamah benar tangguh hukuman penjara Wan Ji

ainulillia

 

 Serah pasport kepada mahkamah, dilarang ke luar negara

SHAH ALAM– Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun yang sedang dijalaninya kerana menerbitkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Selangor, sehingga rayuan selesai.
 
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan perkara itu selepas mempertimbangkan alasan yang dikemukakan oleh dua peguam mewakili tertuduh iaitu Mohd Radzlan Jalaludin dan Ariff Azami Hussein.
 

Tiada ulasan: