Selasa, 30 Julai 2019

Dirogol bapa tiga kali seminggu

Mohd Azam Shah Yaacob
 


LELAKI layak digelar bapa durjana apabila tergamak merogol anak kandung sendiri, sejak enam tahun lalu.

Suspek yang berusia 39 tahun dan tinggal di Cheras mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan, sejak anaknya berusia tujuh tahun lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, susulan tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu, mangsa yang kini belajar di Tingkatan Satu kemudian menceritakan kejadian kepada gurunya.

Katanya, mangsa bersama gurunya itu kemudian membuat laporan polis pada 5.30 petang, Khamis lalu.

“Menerusi keterangan, mangsa memaklumkan bahawa padanya mulanya suspek hanya bertindak meraba badan mangsa.

“Kemudian, suspek semakin berani apabila merogolnya sebanyak tiga kali seminggu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek juga mengugut akan memukul isterinya, jika mangsa menceritakan perbuatan itu kepada ibunya menyebabkan dia terpaksa berdiam diri.

Katanya, hasil pemeriksaan perubatan juga mengesahkan terdapat kesan koyakan dan kesan melecet pada bahagian kemaluan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang kini dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Susulan laporan polis, suspek sudah melarikan diri. Justeru, polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan suspek,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B kanun Keseksaan (sumbang mahram).

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tiada ulasan: