Rabu, 17 Julai 2019

‘Dengar sini baik-baik Nazri’

tyrazalhe  

 

MP Padang Rengas patut jelajah seluruh negara lawan PH tindas rakyat

BANGI – Datuk Seri Najib Razak hari ini bersuara membidas kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang lantang mempertikai pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Barisan Nasional (BN).

Mengulas gesaan Nazri yang meminta Najib supaya ‘duduk diam’, bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak akan berbuat demikian, sebaliknya akan terus berjuang membela rakyat.

“Dengar sini baik-baik, Najib tidak akan berdiam diri. Najib akan terus berjuang membela rakyat,” katanya.

Semalam, Ketua UMNO bahagian Padang Rengas itu dilapor menafikan dirinya tidak membantu parti ketika BN bukan lagi menjadi kerajaan.

Nazri berkata, beliau sebenarnya banyak membantu, antaranya menggesa Najib supaya duduk diam dan mengasingkan diri kerana menganggap ia memudaratkan parti.

Membidas semula kenyataan itu, Najib berkata, jika Nazri serius mahu membantu parti, beliau sepatutnya menjelajah seluruh negara dan melawan Pakatan Harapan (PH) yang menindas rakyat.

“Kalau nak bantu parti, dialu-alukan. Patut dia pergi jelajah seluruh negara. Lawan PH yang menindas rakyat. Bukan dengan cara suruh saya atau mana-mana ahli duduk diam,” katanya.

Sebelum ini, Nazri menyifatkan pelantikan Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN sebagai ‘langkah ke belakang’ dan dibuat tanpa persetujuan pimpinan parti.

Selain Nazri, bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau turut mempertikai dan tidak bersetuju dengan pelantikan itu.


Tiada ulasan: