Isnin, 15 Julai 2019

Aliff Syukri dikecam kerana naik gajah di Thailand

MALAYSIAKINI

   
Di sebalik gesaan untuk tidak menyokong aktiviti rekreasi membabitkan haiwan, usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik imej dia menunggang gajah ketika berada di Thailand baru-baru ini.

Bahkan, imej dikongsikan di Instagram itu mengundang kecaman warganet terutama selepas sering kali sisi aktiviti bertujuan menarik pelancong itu dibongkarkan di media massa.

“Ramai orang ada duit, tapi tak ada otak,” kata pengguna akaun @shah_nizam.


Perkongsian imej itu dibantah selain diminta diturunkan oleh netizen atas alasan ia ibarat membantu mempromosi aktiviti penderaan haiwan.

“Jangan naik gajah,” kata pengguna akaun @fjura_com

Antara yang memberi pandangan menyatakan, gajah-gajah di negara itu didera agar ia mudah dijinakkan selain dipaksa untuk membawa pelancong.

“Cuba elakkan aktiviti pelancongan dan riadah yang melibatkan penggunaan haiwan. Boleh Google macam mana mereka melatih gajah itu,” kata pengguna akaun @muhammad_haszmi.

Pun begitu, Aliff memberi respons positif kepada pengikutnya berhubung isu dibangkitkan.

Selain meminta maaf, Aliff juga menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi menyokong aktiviti membabitkan haiwan selepas ini.
 
 
 

Tiada ulasan: