Selasa, 18 Jun 2019

Peguam: Ada tanda jelas cubaan burukkan Azmin


N_Surendran


KEADILAN DAILY

Peguam kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berpandangan video sumbang yang cuba mengaitkan timbalan presiden KEADILAN itu sarat dengan petunjuk kepada cubaan terancang untuk menjatuhkan karier politik Azmin.

N Surendran juga yakin siasatan tersebut akan membawa kepada pendedahan tentang serangan bersifat politik di sebalik video palsu itu.

“Terdapat tanda-tanda jelas percubaan yang sistematik dan dan terancang untuk memburukkan dan menjatuhkan menteri ini dengan serangan berniat jahat dan palsu.

“Video itu adalah serangan fitnah bermotifkan politik terhadap beliau,” katanya.

N Surendran turut memaklumkan bahawa Azmin sudah memberikan keterangan kepada polis pada 16 Jun lalu.

“Pejabat Menteri telah dihubungi polis pada 16 Jun lalu untuk merakamkan kenyataannya sebagai sebahagian daripada siasatan.

“Mengutamakan hal itu, semalam Azmin telah memberi kenyataannya kepada polis bagi membantu dalam penyiasatan mereka,” katanya.

Minggu lepas, pemimpin belia Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku terlibat dalam penyebaran video sumbang yang menampilkan beliau dan seorang lelaki menyerupai Azmin.

Azmin bagaimana pun menafikan terlibat dalam video itu dan menyifatkannya sebagai fitnah untuk menghancurkan karier beliau.

Hujung minggu lepas, Haziq ditahan polis sewaktu cuba meninggalkan negara menuju ke Manila.
Dia kini bebas dengan jaminan polis.

Tiada ulasan: