Jumaat, 14 Jun 2019

Otai Reformis: Sikap Mahathir berbeza sungguh


   

Bercutilah sementar - itu tuntutan kumpulan Otai Reformis kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung isu klip video seks sejenis yang dikaitkan dengannya.

Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi membolehkan nama baik kerajaan PH dikekalkan.

“Otai Reformis menyarankan agar Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi diberikan cuti rehat dari tugasan rasmi beliau bagi membolehkan pihak PDRM dan SPRM menjalankan siasatan terhadap video seks yang melibatkan imej mirip beliau,” katanya dalam sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu Idris juga mengakui pihaknya curiga dengan campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu itu dengan mengatakan video tersebut boleh dipalsukan.

Pada masa sama kata Idris, Otai Reformis meragui kepakaran Mahathir berhuhung kesahihan sesuatu video - dipercayai merujuk secara tidak langsung kepada tuduhan yang lebih kurang sama dikenakan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim beberapa tahun lalu.

Otai Reformis juga menggesa agar Mahathir tidak berat sebelah semasa mengendalikan isu tersebut kerana Anwar - yang pernah menjadi timbalannya pada 1998 - dipecat kerana dakwaan salah laku.

“Tindakan Mahathir amat berbeza berbanding 1998 apabila Anwar dipecat dan dihukum sebelum siasatan polis dibuat atau mahkamah menjatuhkan hukuman.

"Pada 2019 kenyataan Mahathir amat berbeza dan berlainan sunguh.

“Justeru Otai Reformis berharap Mahathir tidak bersikap ’double standart’ dan berat sebelah dalam mengendalikan isu tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: