Ahad, 16 Jun 2019

Makin ramai marah Tommy Thomas

Kasthuri Jeevendran
MGF27042019_FORUM-MALAYSIA-DAN-STATUT-ROM07
Peguam Negara, Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Sesuatu yang diluar jangkaan apabila Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan ‘tidak ada tindakan lanjut’ dalam isu penderaan amah Indonesia, Adelina Lisao.

Adelina, 26, dipercayai meninggal dunia 11 Februari lalu akibat didera majikannya.

Adelina meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas diselamatkan dari rumah majikannya di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kesan kecederaan teruk pada kepala, muka serta luka di kedua-dua tangan dan kaki.

Mangsa dikatakan dipaksa tidur di luar rumah bersama anjing.

Namun demikian apabila kes itu tidak mendapat perhatian perundangan negara malah telah digugurkan dan majikan wanita itu, Ambika MA Shan terlepas begitu sahaja.

Satu petisyen dibuat  inisiatif  Tenaganita itu yang dari awal lagi memperjuangkan keadilan buat mangsa dan keluarganya mendapat respon ramai di pautan change.org yang dinamakan ‘“Mengapa Pendera Adelina Masih Bebas? Rakyat Malaysia Menuntut #JusticeForAdelina”.

Pengamatan Malaysia Gazette sebentar tadi mendapati, sekurang-kurangnya lebih 28,900 telah menandatangani petisyen tersebut.

Rata-rata netizen tidak kira latar belakang melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku lagi-lagi bagaimana suspek yang bertindak kejam seperti itu bukan sahaja terlepas hukum gantung pada awalnya kini juga bebas seoalah-olah kematian mangsa tidak apa-apa.

Petisyen tersebut juga telah ditujukan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Petisyen juga menuntut Jabatan Peguam Negara memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai keputusan yang sudah dibuat dan apakah yang terjadi semasa prosiding mahkamah berjalan.

Sebelum ini media melaporkan peguam majikan Adelina yang dituduh mendera pekerja domestik itu berkata, pendakwa raya telah menarik balik pertuduhan ke atas anak guamnnya selain tiada tindakan lanjut akan diambil.
adelina lisao
Adelina Lisao amah Indonesia yang mati akibat didera.
Malah Jabatan Peguam Negara juga tidak berhasrat mengkaji semula pengguguran tuduhan terhadap anak guamnya, Ambika selepas ini.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan umum terkejut malah boleh dilihat dengan sendiri bagaimana netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara ianya dikendalikan kemudian di tutup seolah-olah pengadilan itu sudah mati.

Sebelum ini, Pengarah Tenaganita, Glorene Das menggesa, undang-undang khas digubal untuk menangani kes sedemikian.

“‘Peruntukan di bawah undang-undang Akta Pekerjaan untuk pembantu rumah nampaknya tidak memadai untuk melindungi mereka.

“Sampai bila kita mahu perkara sebegini berlarutan. Apa yang kita perlukan adalah satu undang-undang berasingan untuk mereka,” ujarnya.

Glorene berkata, selagi mereka ditakrifkan sebagai pembantu rumah dan amah dalam Akta Pekerjaan, ia mewujudkan set minda ‘tuan dan hamba’ dalam kalangan majikan.

Petisyen ini boleh di capai di laman https://www.change.org/p/why-is-her-abuser-free-malaysians-demand-justiceforadelina  –MalaysiaGazette

Tiada ulasan: