Jumaat, 14 Jun 2019

Lokman dan Gobalakrishnan bebas dengan jaminan polis

Bernama  

   

Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC N Gobalakrishnan yang ditahan semalam, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam kenyataan di sini berkata kedua-dua mereka dibebaskan kira-kira 7 pagi ini selepas siasatan awal selesai.

Semalam, Fadzil berkata Lokman dan Gobalakrishnan ditahan di Taman Teknologi, Kajang kira-kira 6.45 petang kerana menghalang tugas penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Menurut Fazdil lagi, pemimpin Umno itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Semasa siasatan dijalankan pihak polis telah mengarahkan Dato Lokman untuk menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa namun beliau enggan memberikan kerjasama dan telah menjerit memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya," kata Fadzil

Terdahulu Lokman semalam dipanggil ke JSJ Bukit Aman berhubung kes video semburit membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Azmin Ali.

“Saya buat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah.

“Hari ni (semalam) saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geledah rumah saya.

“Betul-betul law of the jungle (undang-undang rimba),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
- Bernama

Tiada ulasan: