Jumaat, 14 Jun 2019

Kenyataan PM boleh ganggu siasatan kes video lucah, kata peguam MIC


   
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC menyifakan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung klip video lucah yang didakwa melibatkan menteri kabinetnya akan menggangu siasatan polis.

RT Rajasekaran berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Dr Mahathir yang berkata bahawa beliau tidak percaya ketulenan klip video lucah berkenaan.

"Isu ini masih dalam siasatan. Kenapa perdana menteri sangat tergesa-gesa mempersoalkan ketulenan video ini?

"Tidak mungkin penyiasatan itu dapat dilakukan dengan adil jika perdana menteri sendiri meragui kesahihan video," katanya kepada Malaysiakini.
 
Rajasekaran yang merupakan peguam mencadangkan agar kes itu disiasat suruhanjaya bebas, dan bukannya polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Secara jujur, saya tidak setuju dengan penyebaran video-video sebegini. Ia bukan satu politik yang sihat.

"Namun, apabila ada orang sudah lapor polis kita juga perlu memberi ruang kepada siasatan. Bukannya menafikan secara membuta tuli," katanya.

Mengulas berhubung isu klip video lucah itu sebelum ini, Dr Mahathir erkata memberitahu beliau tidak percaya ketulenan video seks yang didakwa melibatkan Azmin.

“Saya tidak percaya perkara ini tulen. Sekarang, kita boleh buat banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai.

“Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” kata Dr Mahathir pada 12 Jun lalu.

Azmin sebelum ini sudah menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dalam klip video berkenaan dan menyifatkan ia sebagai percubaan untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Tiada ulasan: