Ahad, 23 Jun 2019

Hati-hati guna halia, lengkuas dan kunyit


DENYUT REFORMASI
 
 
 
PERNAHKAH anda mengalami momen apabila tersilap membawa pulang lengkuas walhal, ibu atau isteri meminta bantuan membeli halia? Pasti jawapannya, ya!
 
Situasi tersebut berlaku berikutan halia, lengkuas dan kunyit memiliki rupa dan tekstur yang hampir sama. Justeru bagi mengelakkan kekeliruan terutamanya kepada golongan lelaki dan si bujang, Oh! Lelaki kongsikan perbezaannya.

 
Halia

Halia atau nama botani Zingiber Roscoe adalah sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ia ditanam secara meluas di negara India, China, Thailand, Nigeria, Australia termasuklah Malaysia.

Selain dikatakan melawan rasa loya, halia yang memiliki rasa pedas turut membantu mengurangkan radang,mengawal kolesterol, membuang angin dan melegakan kesakitan haid.

Tekstur kulit: Ia berwarna coklat kekuningan manakala permukaannya sedikit kasar. Isinya pula lembut dan berserabut.

Lengkuas

Lengkuas yang lazimnya digunakan dalam masakan tempatan dan negara jiran, Indonesia merupakan salah satu tumbuhan keluarga halia.

Tekstur kulit: Permukaan lengkuas berwarna krim kemerahan, licin dan mempunyai rerambut pada bahagian ruas manakala isinya lebih keras dan pedas berbanding halia.

Kunyit

Kunyit atau Curcuma Longa bukan sahaja berfungsi sebagai pewarna asli dalam masakan bahkan, penambah rasa makanan dan membantu mencantikkan kulit.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika mengupas kunyit kerana warna akan melekat pada tangan dan sukar untuk dihilang dalam kadar segera.

Tekstur kulit: Permukaannya kasar dan berwarna coklat manakala isinya pula berwarna kuning pekat.
 
 

Tiada ulasan: