Khamis, 20 Jun 2019

Dr Nik Zawawi ketuai Dewan Ulamak PAS

MUHAMMAD ARIF ISMAIL
  


KUANTAN: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dipilih mengetuai Dewan Ulamak PAS Pusat bagi sesi 2019-2021 menggantikan Dato' Dr Mohfodz Mohamed.

Dr Mahfodz yang mengetuai sayap penting itu sejak dua penggal lalu tidak mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baru mengemudi Dewan Ulamak PAS Pusat.

Nik Muhammad Zawawi yang menang tanpa bertanding dibantu oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Johari Mat dan Naib Ketua, Ustaz Khirul Muntanazar Islam bersama 12 ahli jawatankuasa.

Terdahulu Dr. Mahfodz ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 di sini sempat memberi gambaran tidak akan bertanding mempertahankan jawatan itu.

"Saya ingin merakamkan penghargan kepada seluruh jawatankuasa dan jentera Dewan Ulamak PAS yang bertungkus lulus membantu dalam menjadikan perjuangan badan dalam PAS ini berjalan lancar.

"Saya yakin kepimpinan selepas ini akan lebih cemerlang dalam gerak kerja Ulamak PAS Pusat sebagai dewan teras yang sentiasa menjaga keutuhan dengan dasar PAS dan Islam," katanya.
AJK Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2019-2021
Pengerusi Tetap: Dr Hamdan Muhammad
Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Omar Hashim
Ketua: YB Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Timbalan: YB Dato' Dr Johari Mat
Naib: Ustaz Khirul Muntanazar

AJK:
Ustaz Zulkifli Ismail
Dr Azhar Yaakob
YB Ustaz Md Nor Hamzah
Ustaz Asri Daud
Ustaz Zulkarnain Hasan
Prof Dr Badruzaman Yusof
Ustaz Ismi Taib
Ustaz Najhan Halim
Ustaz Nushi Mahfodz
Ustaz Nazri Chik
Ustaz Ahmad Yahya
Ustaz Mokhtar Senik – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: