Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Siapa diamanah jaga bahasa Melayu? DBP? Ultra kiasu?
KEBELAKANGAN
ini saya lihat papan tanda dan apa juga risalah yang digantung dan
dipaparkan, langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Seolah-olah
bahasa Melayu merempat dibumi sendiri.
Kedudukan
bahasa Melayu selaku bahasa negara era ultra kiasu ini, semakin lama
semakin terhimpit. Saya menjadi semakin keliru, siapa atau institusi
manakah yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan bahasa Melayu?
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)? Majlis bandar raya? Atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau siapa?
Semalam,
kira-kira 50 ultra kiasu berkumpul di luar bangunan Dewan Perhimpunan
Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) sekitar jam 2.45 petang.
Rata-rata peserta himpunan memakai baju hitam dan memegang sepanduk.
Mereka,
rakyat Malaysia, termasuk pendatang haram China yang berada di Kuala
Lumpur, berhimpun bagi menunjukkan solidariti dengan penunjuk perasaan
di Hong Kong yang membantah rang undang-undang (RUU) ekstradisi di bekas
tanah jajahan British itu.
Bagaimanapun,
pihak polis melarang peserta himpunan itu daripada berarak ke kawasan
pusat bandar raya kerana tidak memohon permit.
Tidak ada dua China melainkan satu
Plakad
mereka antaranya berulis “Solidariti dengan Hong Kong” dan “Anti
Undang-undang Ekstradisi,” rata-rata ditulis dalam bahasa Cina dan
bahasa Inggeris, langsung tidak ada sepatah haram pun bahasa Melayu.
Begitu
juga beberapa perhimpunan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini di
beberapa bandar di negara ini. Jika perhimpunan membabitkan ultra kiasu,
bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Mereka hanya obses kepada
bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
Saya teramat pelik, mereka ini tinggal di mana? Di Malaysia atau China?
Lebih
memeranjatkan lagi, dalam perhimpunan ini dua wanita dari China ditahan
kerana mereka tidak dapat menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri.
Untuk makluman, kerajaan komunis China mahu memperkenalkan RUU bagi membenarkan ekstradisi pesalah ke China.
Ini
menjadi punca kepada ratusan ribu orang Cina yang tinggal di Hong Kong
turun berdemonstrasi sepanjang minggu lalu. Akibat demontrasi ini,
kerajaan China dikatakan menangguh RUU berkenaan buat seketika.
Namun,
pengkritik RUU ini mahukan ia dibatalkan terus. Mereka bimbang dengan
perluasan pengaruh daripada pentadbiran di Beijing terhadap Hong Kong.
Saya yakin kerajaan komunis China tidak akan tunduk kepada protes ini.
Tidak ada dua China melainkan satu.
Mengikut
sejarah, Hong Kong sebagai bekas tanah jajahan Britain dikembalikan
kepada pemerintahan China pada 1997 di bawah perjanjian ‘satu negara,
dua sistem’ yang menjamin autonomi terhadap pulau itu.
Kerajaan
Hong Kong mendakwa rang undang-undang ekstradisi yang dicadangkan itu
akan ‘menutup kelemahan’ undang-undang yang boleh dieksploitasi supaya
kota raya itu tidak menjadi tempat selamat bagi penjenayah berlindung.
Pengkritik
memprotes undang-undang itu kerana ia akan mendedahkan warga Hong Kong
kepada sistem keadilan yang tidak sempurna komunis China dan menjejaskan
kebebasan kehakiman di pulau kota itu.
Eloklah angkat kaki berhijrah
Peliknya,
apa kaitan dengan masalah China dengan negara kita? Apakah masih tebal
kecinaan ultra kiasu terhadap China. Kenapa warga China yang tidak
mempunyai dokumen boleh berada di negara ini? Siapa yang membenarkan
mereka masuk dengan mudah? Begitu juga ramainya Cina Vietnam yang berada
di negara ini.
Jika
begitu obses ultra kiasu Malaysia kepada Hong Kong, eloklah angkat kaki
berhijrah. Kenapa mahu campur tangan dalam hal ehwal China? Apa kaitan
RUU Hong Kong dengan kita di Malaysia.
Ketika
RUU355 dibentangkan, ultra kiasu begitu kuat menentang, sedangkan RUU355
tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Ultra kiasu ini bertuankan
siapa?
Sebelum
inipun, saya juga terlihat dan terbaca berita beberapa perhimpunan
mereka. Bahasa yang digunakan dalam banner, bunting, plakad dan
lain-lain lagi langsung tidak mencerminkan negara ini bahasa
kebangsaannya adalah bahasa Melayu.
Baru-baru
ini, saya melintas Kedah dan Pulau Pinang sempena hari raya baru-baru
ini. Ternyata kedudukan bahasa Melayu semakin menyedihkan. Menu makanan
digantung di luar hotel, tidak ada sepatah pun bahasa Melayu digunakan
Pulau
Pinang tidak lagi sebut sebagaimana nama asalnya, tetapi lebih selesa
disebut ‘Penang’. Itupun mereka bercadang membina papan tanda gergasi
PENANG ala HOLLYWOOD.
Cadangan
ini mendapat tentangan daripada persatuan alam sekitar kerana ia
membahayakan. Tidak mustahil suatu hari nanti ia menjadi realiti.
Cadangan
saya, jika ultra kiasu ikhlas, daripada diletakkan nama PENANG, lebih
baik letak kalimah ALLAH. Bagi menunjukkan bahawa asal usul Pulau Pinang
adalah kepunyaan Kerajaan Melayu Islam Kedah.
Jati diri, baju Melayu dan KTM
Ketika
melintasi Sungai Petani dan Kulim, terpandang taman-taman perumahan
baharu dengan nama-nama Yarrapark, Westfield, Fairfield dan banyak lagi
nama-nama yang begitu asing. Apa sudah jadi dengan negara berasaskan
kepada sistem kenegaraan Melayu ini?
Apakah
sudah mati jadi diri orang Melayu yang meluluskan nama taman-taman
perumahan sedemikian. Tidak usah pergi ke Pulau Pinang. Bahasa Melayu di
pulau itu sudah lama hancur sejak zaman Gerakan, MCA dan bertambah lagi
zaman ultra kiasu sekarang.
Jika
keadaan ini berterusan, tanpa penguatkuasaan, 10 tahun lagi, bahasa
Melayu hanya akan tinggal pada baju Melayu sahaja atau kereta api
sahaja. Itupun baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) belum tentu
selamat, kerana selagi ada identiti Melayu dan Islam, selagi itulah
ultra kiasu sentiasa merancang untuk meruntuhkannya.
Mereka
tidak mahu adanya identiti Melayu Islam dalam sebuah negara yang begitu
jelas asal usul kenegaraan keMelayuannya. Jika perancangan ini berjaya,
tunggulah kehancuran Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Justeru,
saya merayu kepada orang Melayu Islam dan Bumiputera Sabah dan Sarawak,
bangunlah. Bangkit menentang kebobrokan ultra kiasu ini sebelum
terlambat. Jati diri negara ini mesti berakarkan kepada Melayu Islam dan
Bumiputera.
Jangan
biarkan ia hilang disebabkan kelalaian dan kealpaan kita. Saya tidak
kata zaman BN dahulu bagus, puncanya tetap ada daripada dahulu lagi,
tetapi keadaan hari ini bertambah rumit dan tersangat kusut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan