Ahad, 16 Jun 2019

Azmin pernah ‘tag’ Haziq 2014?

Wartawan MalaysiaGazette
MGF04052019_MAJLIS-PENYAMPAIAN-BANTUAN-EHSAN08
Mohamed Azmin Ali


KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa pernah memetik nama Haziq Abdul Aziz dalam Twitternya beberapa tahun lalu.

Ciapan Azmin pada 12 Jun 2014, jam 10.40 malam itu disebar kembali oleh warganet bagi membuktikan Ahli Parlimen Gombak itu sebenarnya telah lama mengenali Haziq, individu yang dikaitkan dengan video intim lelaki miripnya.

“@HaziqAbdAziz @NajwanHalimi @afifbahardin @eekmalahmad dan juga jangan marah marah kalau tak dapat hold hands,” demikian ciap beliau.

Ciapan Azmin itu menjadi persoalan warganet di laman sosial tersebut apabila rata-rata mempertikaikan kenyataan beliau yang sebelum ini mengakui bahawa hanya mengenali Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan Utama secara jauh.

Seorang pengikutnya, SZ @shafiq_zikri menciap: “Saya kenal Haziq dari jauh…” – Azmin, 2019. Jauh benor tu tahun 2014 boleh tag kat twitter dan pernah bergambar sekali”.

Seorang lagi, Fazrul sandaljahat @FSandaljahat “Kenal dari jauh… sejak 2014 dah berkicau rupanya,” ciap beliau.

LelaManja20 pula berkata, Wow…Hahahaahhahahahahahahahahahahahahahahaahhahahahaha!!!!kemain hold hands so tight.auuuummmm.

Manakala TUKANG masak !! menciap: “Hahhh. Kantoiii kata tak rapat. YB tipu ni”.

Seorang lagi warganet Qarl.official@OfficialQarl mempersoalkan, YB kenal haziq jauh mana?

Pada11 Jun lalu, beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip Azmin tersebar.

Isu itu menjadi gempar apabila Haziq menerusi sebuah video membuat pengakuan bahawa individu di dalam rakaman berkenaan adalah dirinya dan mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu bukan pemimpin yang baik.

Susulan itu, pada 13 Jun lalu mengarahkan Setiausaha Politiknya supaya membuat laporan polis berhubung video lucah yang mengaitkan dirinya itu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: