KOTA BHARU: Tindakan
Sisters In Islam (SIS) mempertikai tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan (Jaheaik) mengeluarkan notis wanita berpakaian tidak
sopan amat dikesali.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti
Zailah Mohd Yusoff berkata, kenyataan SIS begitu mengelirukan umat Islam
dan dianggap tidak wajar dikeluarkan.
“Sewajarnya SIS mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu daripada Jaheaik berhubung tindakan tersebut,” ujarnya di sini.
Baru-baru ini Jaheaik menahan 39 wanita
yang didapati berpakaian seksi dan berkelakuan tidak sopan di khalayak
ramai sempena Ramadan untuk sesi kaunseling.
Berikutan itu SIS dilapor mahu Jaheik
menghentikan operasi mengawasi dan memanggil wanita-wanita berpakaian
seksi serta membatal kehadiran mereka di sesi kaunseling.
Siti Zailah yang juga anggota parlimen
Rantau Panjang berkata, tindakan SIS itu jelas menyimpang daripada
ajaran Islam sebenar. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan