Selasa, 28 Mei 2019

NAJIB SEDIA PERTIMBANG DEBAT PEMIMPIN LAIN

Wartawan Watan-Online

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau sedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin lain untuk masa hadapan.

Najib berkata beliau bersedia melakukan perkara sedemikian sekiranya dicabar oleh mana-mana pemimpin.

“Debat itu bukan saya yang cadangkan, jadi saya tidak ada apa-apa keputusan mengenainya untuk masa akan datang (selepas Kit Siang menarik diri).

“(Tetapi) kalau ada sesiapa mahu mencabar saya, saya fikirlah dulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada Isnin.

Walaubagaimanapun, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berkata beliau tidak mempunyai sebarang keputusan dalam isu perbincangan debat bersama veteran DAP, Lim Kit Siang.

Katanya perkara tersebut selepas Penasihat DAP itu menarik diri.

Walaubagaimanapun Najib menegaskan beliau tetap akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang kuat walaupun gagal berdebat dengan Kit Siang meskipun cabaran tersebut disuarakan oleh veteran DAP itu sendiri.

Tiada ulasan: