Sabtu, 18 Mei 2019

Hantaran FB 'anjing dalam masjid': MP Labis lapor polis

MALAYSIAKINI

   
Anggota Parlimen Labis Pang Hok Liong membuat laporan polis terhadap hantaran Facebook berunsur fitnah yang memaparkan lawatannya ke Masjid Jamek Tenang Stesen pada Jumaat minggu lalu.

Dalam laporannya itu, Pang merujuk satu hantaran oleh Facebook Ops Johor yang meletakkan kapsyen, "Adun Tenang; bawa masuk anjing dalam masjid".

“Kenyataan tersebut membuatkan saya tersingung dan tidak senang hati kerana saya adalah dijemput dan saya cuma menyalurkan sumbangan saya kepada semua masjid dan surau (termasuk) di Masjid Jamek Tenang Stesen pada 10 Mei 2019 (Jumaat).

“Tindakan ini adalah untuk menunaikan obligasi saya sebagai seorang ahli parlimen yang bertangungjawab dan prihatin terhadap kawasan saya [...] bagi membantu masjid dan surau sempena bulan Ramadan," katanya dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Katanya, fitnah tersebut sebaliknya menjadikan lawatannya sebagai satu isu perkauman yang tidak menyenangkan hati orang awam.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyatakan rasa murka terhadap tindakan seorang ahli politik DAP yang dianggap mencabul kesucian Islam apabila berpolitik dalam masjid.


BACA BERKAITAN:


Pang dikatakan ingkar pekeliling Majlis Agama Islam Johor (Maij) yang melarang mana-mana ahli politik berucap di masjid Johor, kecuali Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Agama Negeri untuk acara-acara rasmi.

Bagaimanapun, Pang mendakwa tidak tahu mengenai pekeliling tersebut.



Tiada ulasan: