Rabu, 22 Mei 2019

BAKAL PM JANGAN UTAMA KAUM TERTENTU

Wartawan Watan-Online

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap dapat meperjuangkan nasib semua kaum dan bukan menumpukan kepada kaum tertentu, ujar Gerakan

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata perkara tersebut kerana negara memerlukan perdana menteri untuk seluruh kaum di Malaysia.

“Sesiapa hendak jadi perdana menteri bukan isu, asalkan perdana menteri yang menjaga seluruh Malaysia tanpa mengambil kira kaum, agama dan budaya.

“Kita perlukan perdana menteri untuk rakyat Malaysia dan tidak hanya menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dominic turut menegaskan hal ini selaras dengan prinsip dan ideologi Gerakan yang terdiri daripada semua kaum dan agama.

Tiada ulasan: