Jumaat, 17 Mei 2019

Adun Luyang menteri baru Sabah

MALAYSIAKINI
   
Adun Tanjung Papat, Frankie Poon Ming Fung yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah ketika ini, dilantik sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang baru.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal dalam satu kenyataan hari ini.

Kekosongan portfolio Menteri Belia dan Sukan Sabah pula akan diisi oleh Adun Luyang, Phoong Jin Zhe.

"Saya juga ingin mengumumkan bahawa Saudara Loh Ee Eng, Bendahari DAP Sabah akan mengangkat sumpah sebagai Adun Dilantik yang baru.

"Tiada rombakan kabinet dilakukan," kata Shafie.

Semalam, Shafie dilapor berkata hanya jawatan menteri yang kosong akan diisi dan tiada rombakan kabinet akan dilakukan.


Tiada ulasan: