Selasa, 16 April 2019

Skandal Pusat Perubatan Mawar: Chegubard buat laporan SPRM

Bernama
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard
Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard

SEREMBAN – Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan skandal Pusat Perubatan Mawar (MMC).

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Badrul Hisham, yang lebih dikenali sebagai Che’gu Bard, berkata beliau turut menyerahkan kepada SPRM laporan lengkap mengenai pendedahan transaksi kewangan MMC.

Katanya SPRM perlu melakukan siasatan terhadap pusat perubatan tersebut yang ditubuh melalui dana awam dan telah beberapa kali mendapat peruntukan daripada kerajaan terdahulu dalam pembinaan serta pembelian kelengkapan peralatan.

“Kami mendapati MMC merupakan penerima bantuan kewangan Kementerian Kesihatan yang terbanyak daripada kalangan semua badan bukan kerajaan pada 2011,” katanya.

Beliau berkata sehingga 2015, MMC menerima bantuan kewangan mencecah RM1.14 juta dalam bentuk subsidi dan geran, secara ringkasnya RM9 juta telah diberi kepada MMC untuk membeli peralatan perubatan untuk hospital tersebut.

Badrul Hisham berkata selain itu, RM3.14 juta pula disalurkan untuk peralatan dialisis dan pembinaan pusat rawatan dialisis dan baki bayaran subsidi rawatan dialisis serta ubat-ubatan kepada pesakit diberi secara berterusan.- BERNAMA

Tiada ulasan: