Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masalah berpunca daripada kesesakan ‘bottleneck’ di susur keluar Jalan Esfahan bersebelahan pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Penutupan yang dilaksanakan secara percubaan sejak minggu pertama April itu menyebabkan pengguna tiada pilihan melainkan melencong ke Jalan Esfahan yang mempunyai jarak kira-kira 100 meter sahaja sebelum dipisahkan persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Laut.

Keadaan trafik yang bergerak perlahan di Jalan Esfahan itu sekali gus mengundang kesesakan di Lorong Tuanku Abdul Rahman 2, Jalan Bunus dan Lorong Gombak yang menghubungkan Jalan Esfahan termasuk Jalan Mara dan sebahagian Jalan Raja Laut.

Situasi itu berlaku apabila orang ramai mengambil peluang sempena cuti hujung minggu berkunjung ke lokasi tumpuan di sekitar Jalan TAR. - UTUSAN ONLINE