Jumaat, 26 April 2019

Saifuddin, jangan hina golongan akademik

Kasthuri Jeevendran
23319386_920924548057112_6127900091954348979_n-681x382
R. S. Thanenthiran

KUALA LUMPUR – Kemarahan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap golongan akademik sehingga boleh menggelar mereka itu ‘profesor kangkung’ tidak boleh diterima sama sekali.

Malah Presiden Makkal Sakthi,  R.S. Thanenthiran mendakwa Saifuddin berkemungkinan besar merupakan menteri Pakatan Harapan yang paling angkuh dan tidak tahu menghormati orang.

Beliau tidak menyangka Saifuddin akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap sekumpulan ahli akademik yang memberi pandangan berbeza kepada Raja-Raja Melayu berhubung keputusan kerajaan menandatangani Statut Rom.

“Apakah kuasa kini sudah naik sehingga ke kepala kamu? Adakah anda rasa diri anda begitu tinggi ilmunya sehingga mengatasi semua yang lain?

“Hentikan rasa angkuh kamu itu, kamu ingat apabila mempunyai kuasa sebagai menteri, hanya kamu seorang sahaja yang bijak pandai serta betul semuanya? Apabila di kritik terus tunjuk belang?

“Ini bukan budaya kita, Saifuddin. Janganlah mengkritik sehingga air liur itu terpercik di muka sendiri. Umpama meludah ke langit, kena batang hidung sendiri.

“Kurangkan rasa angkuh, belajar terima kritikan dan cuba dalami juga fikiran rakyat, anda bukan sesiapa walaupun jika memiliki pangkat serta kuasa tetapi jika miskin dengan budaya serta budi pekerti tinggi” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin  semalam yang menghentam pihak yang didakwa memanipulasi fakta berkaitan Statut Rom termasuk ahli akademik ‘profesor kangkung’.

Justeru Thanenthiran meminta Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi nasihat kepada Saifuddin kerana ia mencemarkan golongan akademik yang pastinya bukan calang-calang orang.

“Maszlee, minta beri satu dua nasihat kepada Menteri Luar ini. Jangan biarkan golongan ilmuwan kita terguris hati malah fikirkan sedikit apakah pandangan umum dengan kenyataan seperti ini.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: