Ahad, 28 April 2019

RM110 juta diperuntuk aktiviti Tahun Melawat Malaysia 2020

fazleen safina 

Setiap negeri perlu buat persediaan produk, aktiviti bagi pelancong


KOTA BHARU – Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya memperuntukkan RM110 juta bagi aktiviti Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bermula pada 1 Januari hadapan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak berkata, peruntukan itu bagi memastikan negeri-negeri sedar dan membuat persiapan sewajarnya dalam memeriahkan program Tahun Melawat Malaysia.

“Mereka perlu bersedia dari sekarang dan apabila pelancong yang datang untuk Tahun Melawat Malaysia kita sudah ada produk yang baik, komuniti yang baik, ada persembahan produk dan juga aktiviti pelancongan,” katanya, pada sidang media selepas melancarkan Pasar Terapung Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Negeri Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Isham berkata pemilik produk pelancongan juga boleh memohon geran pelancongan daripada kementerian tetapi produk yang disediakan mesti bersepadanan dan mereka perlu berbelanja terlebih dahulu sebelum dibayar balik. -Bernama


Tiada ulasan: