Khamis, 25 April 2019

PH MEMANG PAKAR JUAL ASET NEGARA-NAJIB

Wartawan Watan-Online

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan cadangan untuk menjual saham Felda Global Ventures (FGV) Holdings Berhad dan Tabung Haji (TH).

“Bukan sedikit pun. Kali ini giliran aset bernilai sebanyak RM4.13 bilion.

“Malaysia tidak ada tanah sesuai untuk membuka perladangan sawit yang besar.

“Lagipun, kos pengeluaran di Indonesia adalah lebih rendah berbanding Malaysia,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan walaubagaimanapun dengan sinis menegaskan PH mempunyai hak untuk menjual aset negara.

Katanya perkara tersebut turut berada di bawah bidang kuasa kerajaan.

“Tapi jika PH masih mahu jual juga, itu hak dan dalam bidang kuasa mereka.

“Jual aset memang kepakaran kerajaan PH,” katanya.

Tiada ulasan: