Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Britain yang telah dipanggil untuk siasatan perang Iraq dan bukan Queen Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah panglima angkatan tentera.

“Jika (sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya dibuat oleh perdana menteri, kabinet dan menteri pertahanan dan secara operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.

“Jika Malaysia melakukan jenayah perang, orang yang boleh dikenakan dakwaan ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) ialah perdana menteri, kabinet, menteri pertahanan, jeneral-jeneral dan tidak sekali-kali Agong kerana baginda adalah raja berperlembagaan,” kata Thomas dalam penerangannya di forum awam, ‘Malaysia (amp) Rome Statute’ yang berlangsung di Universiti Malaya, hari ini.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia telah menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat. -BERNAMA