Khamis, 18 April 2019

Kilang kitar semula terbakar

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani
Kilang kitar semula terbakar
Bomba terpaksa mengambil masa agak lama bagi memadamkan kebakaran kerana membabitkan bahan plastik yang mudah terbakar. - Foto ihsan JBPM Kedah
 
 
SUNGAI PETANI: Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Mohd Ridzuan Nut Jamudin memaklumkan, bomba menerima panggilan pada jam 4.30 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak membakar plastik di kawasan kilang terbabit.
Pihak Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengawal api.

Kebakaran turut melibatkan bangunan bersebelahan kilang.

Bomba terpaksa mengambil masa agak lama bagi memadamkan kebakaran kerana membabitkan bahan plastik yang mudah terbakar.

Katanya seramai 15 anggota bersama empat jentera daripada dari Balai Bomba Amanjaya dan Tikam Batu serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani, PBS Sungai Puyu, PBS Padang Lembu dan PBS Bakar Arang terlibat dalm kerja pemadaman.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan bagi mengetahui punca dan nilai kerugian masih dijalankan.

Tiada ulasan: