Sabtu, 27 April 2019

Himpunan Perpaduan Ummah amaran kepada DAP

Manzaidi Mohd Amin
Abdul Hadi dan Mohamad disambuut ribuan hadirin pada Himpunan Perpaduan Ummah Pahang malam tadi.
Abdul Hadi dan Mohamad disambuut ribuan hadirin pada Himpunan Perpaduan Ummah Pahang malam tadi.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas memberi amaran kepada DAP agar menghentikan agenda dan tindakan mereka mencabar hak istimewa orang Melayu, Bumiputera, kesucian Islam dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, himpunan Perpaduan Ummah peringkat Pahang yang diadakan malam tadi sebagai bukti solidariti orang Melayu dan umat Islam jika kedudukan mereka terancam.

“Himpunan Parpaduan Ummah Pahang malam tadi dihadiri lebih 10,000 penyokong UMNO dan Pas.

“Ini sebagai amaran kepada bangsa DAP dan sesiapa sahaja supaya menghentikan agenda dan tindakan mereka untuk mencabar hak istimewa orang Melayu Bumiputera, Islam dan Raja-Raja Melayu,” katanya dipetik dari hantaran beliau menerusi akaun Facebooknya.

Turut hadir pada himpunan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Himpunan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1) itu turut membuat ketetapan dengan menyeru semua pihak bermula kerajaan Persekutuan dan negeri mengambil tindakan mengukuhkan serta mempertahankan institusi Raja Melayu sebagai payung negara dan Islam. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: