Sabtu, 20 April 2019

2,200 tempat untuk pelajar India masuk matrikulasi hanya ‘one off’ – Maszlee

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini berkata tawaran 2,200 dan 1,000 tempat kepada pelajar berketurunan India dan Cina dalam program matrikulasi adalah inisiatif  ‘one-off’ bagi 2018.

Menurut menterinya, Dr Maszlee Malik, dasar pengambilan program matrikulasi masih mengekalkan 90 peratus tempat kepada Bumiputera dan 10 peratus tempat kepada bukan Bumiputera berdasarkan meritokrasi.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa matlamat asal Program Matrikulasi KPM ialah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan professional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Hal yang sama juga dilaksanakan dalam amalan penawaran 1,000 tempat untuk kaum Cina yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018.
“Ia turut bersifat one-off, berdasarkan kepada keperluan semasa dan melibatkan kekosongan kuota Bumiputera yang tidak diisi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mereka yang tidak mendapat tawaran ke Program Matrikulasi dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan.

Tiada ulasan: