Sabtu, 30 Mac 2019

Tak salah guna kereta kerajaan negeri – SPR

Muhammad Azizul Osman
xMGF30032019_PRK-RANTAU-PENAMAAN_42-681x454
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom bercakap kepada media pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL
 

PRK RANTAU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata penggunaan kereta Kerajaan Negeri tidak berlaku kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom, hanya kereta melibatkan jabatan atau agensi kerajaan sahaja tidak dibenarkan untuk digunakan dalam kempen mana-mana pilihan raya kecil (PRK).

“Tidak semestinya (berlaku kesalahan), sebab kita kena lihat siapa punya kereta. Kalau penggunaan peribadi kita tidak boleh buat apa,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon PRK DUN Rantau dekat Seremban hari ini.

Jelas Azmi, tidak berlaku kesalahan kerana kereta berkenaan juga merupakan kegunaan peribadi oleh kakitangan kerajaan Negeri Sembilan.

“Ada peruntukan di mana kereta yang disediakan seorang individu boleh digunakan sebagai rujukan peribadi. Setahu saya tidak,” katanya lagi.

Awal hari ini Malaysia Gazette melaporkan terdapat dua buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Sembilan digunakan semasa proses penanaman calon.

Malah ia turut diparkir berhampiran dengan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan.

PRK Rantau akan mengambil tempat pada 13 April depan setelah ia diarahkan untuk diadakan semula selepas Mahkamah Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terbatal dan tidak sah.

Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April, selepas Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan oleh SPR.

PRK Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohamad dan tiga lagi calon antaranya Dr S Streram yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan dua lagi calon Bebas, iaitu R. Malar dan Mohamad Nor Yassin yang merupakan anak tempatan. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: