Ahad, 24 Mac 2019

PH DAHAGA WANG SANGAT? – NAJIB

Wartawan Watan-Online
 



Tindakan kerajaan Persekutuan menjarah aset-aset kerajaan merupakan sesuatu yang cukup membimbangkan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata usaha terbaharu kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) men’cair’kan aset Permodalan Nasional Berhad (PNB) bakal memberi risiko kepada pencarum dan agensi permodalan itu sendiri.

Beliau turut membidas tindakan PH yang dilihat agresif menjual aset kerajaan yang dikumpulkan untuk kebaikan jangka panjang rakyat negara ini.

“Saya percaya ramai pencarum-pencarum tabung PNB akan bimbang jika PNB meneruskan langkah memajak aset mereka untuk meminjam berbilion-bilion melalui bon pinjaman.

“Kerajaan PH dahaga wang sangat ke, sekarang?

“Adakah ini satu cara untuk ‘cairkan’ aset PNB seperti yang dumum oleh Tony Pua tahun lepas?,” soal Najib melalui kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Jumaat.

Dalam kenyataan sama, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mengulas laporan ‘Bloomberg’ yang menyatakan bahawa PNB ingin mengikut jejak Khazanah Nasional dengan mengeluarkan bon pinjaman atau sukuk buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Mengutip laporan tersebut, PNB dikatakan bakal menggunakan aset yang terkumpul dari tabung-tabung amanah ASB dan ASN seperti pegangan saham di dalam Maybank, Sime Darby dan TNB untuk membuat pinjaman bon.

“Pinjaman dalam matawang asing ini pula akan digunakan untuk pelaburan baru PNB di luar negara.

“Langkah PNB yang luar biasa ini tentu ada risikonya, termasuk risiko meminjam dalam matawang asing dan terdedah kepada ketidaktentuannya,” katanya.

Tiada ulasan: